The Power of Trust
Media Agensi yang fokus kepada pendanaan awam, iklan produk, mencipta kempen dan kesedaran awam
Agensi Pengiklanan
- Media Prima Berhad
- TV Alhijrah Corporation
- Media Sosial
- Media Digital
Pematuhan Syariah
- Pengurusan Kandungan Siaran
- Penerbitan Buku
- Bengkel dan Seminar
- Soal Jawab Agama
Multimedia & Produksi
- Fotografi
- Videografi
- Sewaan Studio
- Bengkel & Latihan
Agensi Pengiklanan
Al Bayan Global, sebagai agensi pengiklanan berdaftar di bawah TV Alhijrah Corporation dan Media Prima Berhad, menyediakan akses eksklusif ke platform utama negara seperti TV3, TV9, dan TV AlHijrah.
Kami turut mengurus kempen berprestasi tinggi merentasi media sosial dan portal digital premium termasuk The Vocket, OhBulan!, Says, Sirap Limau dan banyak lagi.
Dengan gabungan televisyen dan digital, Al Bayan Global memacu kempen yang lebih berautoriti, lebih tepat, dan lebih berimpak — memberikan kelebihan kompetitif kepada jenama anda.













































Pematuhan Syariah

Pengurusan Kandungan Siaran
Staff al bayan menulis skrip untuk panel panel di TV Al Hijrah di dalam program sekian sekian.

Pengurusan Kandungan Siaran
Staff al bayan menulis skrip untuk panel panel di TV Al Hijrah di dalam program sekian sekian.

Penerbitan Buku
Staff al bayan menulis skrip untuk panel panel di TV Al Hijrah di dalam program sekian sekian.
Pematuhan Syariah
Al Bayan Global menyediakan khidmat pematuhan Syariah yang memastikan setiap kandungan, program dan komunikasi organisasi diselaraskan dengan prinsip Islam secara profesional dan berintegriti. Kami menjadi rakan strategik dalam membantu agensi, institusi dan syarikat mengekalkan standard Syariah yang konsisten dan dipercayai.
Pengurusan Kandungan Siaran
Al Bayan Global menyediakan Shariah-Compliant Content Management bagi slot-slot agama di televisyen dengan membekalkan bahan ceramah dan tazkirah yang sahih, tersusun serta berpaksikan sumber muktabar. Setiap panel dan penceramah diberikan rujukan yang lengkap, memastikan penyampaian di kaca televisyen memenuhi piawaian Syariah serta selari dengan kehendak penonton Muslim masa kini.

Penerbitan Buku
Kami menerbitkan buku-buku yang membina jiwa dan jati diri seorang Muslim. Fokus penerbitan merangkumi fiqh dan sirah melalui kaedah ringkasan dan penyampaian secara infografik. Kesemua kandungan dirujuk kepada kitab-kitab muktabar mazhab Syafi‘i bagi memastikan ketepatan, ketelusan dan kesesuaian untuk pembacaan umum.

Bengkel & Seminar
Sebagai konsultan latihan, Al Bayan Global menganjurkan bengkel dan seminar khusus seperti Mastery Solat, Mastery Agama, Mastery Rukun Islam serta modul pemantapan akhlak dan sahsiah. Program ini memberi fokus kepada golongan mualaf, asnaf, pelajar sekolah dan institusi pendidikan, dengan kerjasama erat badan berautoriti di setiap negeri.

Soal Jawab Agama
Al Bayan Global berperanan menjawab soalan dan permasalahan penonton berkaitan akidah, fiqh dan akhlak. Setiap respons disandarkan kepada dalil dan panduan ulama, memastikan masyarakat menerima pencerahan agama yang tepat, jelas dan berautoriti.

Multimedia & Produksi
Multimedia & Produksi Al Bayan Global menawarkan penyelesaian kreatif yang merangkumi fotografi, videografi, sewaan studio dan latihan profesional. Dengan gabungan kepakaran teknikal dan sentuhan identiti Islamik, kami menghasilkan kandungan visual berkualiti siaran yang memenuhi standard industri serta menambah nilai kepada strategi komunikasi organisasi, jenama dan institusi.
Fotografi & Videografi
Al Bayan Global menawarkan perkhidmatan fotografi profesional merangkumi acara korporat, potret rasmi, produk, serta dokumentasi program. Setiap input akan diolah dengan gaya visual premium yang mematuhi nilai estetika Islam. Selain itu, kami menghasilkan kandungan video berkualiti tinggi untuk siaran televisyen, korporat, digital, dan media sosial.

Sewaan Studio
Al Bayan Global menyediakan studio lengkap untuk rakaman video, fotografi produk, webcast, dan produksi kandungan agama. Dilengkapi peralatan profesional, pencahayaan moden dan ruang fleksibel yang sesuai untuk projek kreatif skala komersial dan korporat.

Bengkel & Latihan
Kami turut menyediakan latihan multimedia meliputi kemahiran fotografi, videografi, penyuntingan dan pengurusan produksi. Program ini dibangunkan untuk pelajar, penceramah, pendakwah, serta organisasi yang ingin memperkukuh keupayaan dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti.

Al Bayan Global terima pengiktirafan Raja Muda Selangor
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan pengiktirafan kepada Al Bayan Global sebagai rakan kolaborasi pengiklanan Yayasan Islam Darul Ihsan (YIDE).

Klien Kami






