Informasi Terkini

 
Mari Belajar Bahasa Arab

 دورة في تعليم اللغة العربية للكبار
 

Kursus Pengajian Bahasa Arab

Untuk Orang Awam

 
 

.:: Menarik, Mudah &

 

 Praktikal ::.

 
 
Assalam alaikum w.b.t

 

:: BERITA GEMBIRA KEPADA PENCINTA BAHASA ARAB ::

 

PERMOHONAN Kursus Pengajian Bahasa Arab Untuk Orang Awam (PENGAMBILAN Ogos 2011) telah dibuka sekarang. Tempat  adalah terhad. Sila mohon segera sebelum tarikh PENDAFTARAN : 20 Ogos 2011.

 

Pengalaman Peserta Kami :

 

Datin Tengku Nor Azizah Tengku Muda  :

"Guru-guru di Al Bayan ada watak pendidik. Cara mereka mengajar benar-benar nak membuatkan kita faham. Kalau salah, dia betulkan terus. Mereka sangat pemurah dan tak lokek ilmu. Al-Bayan menggunakan contoh dari Al-Quran dan Hadis yang dapat mendekatkan pelajar dengan agama."

 

Hj. Jamalluddin Mahmud :

" 9 bulan belajar di Al-Bayan membolehkan saya memahami sedikit sebanyak maklumat dari media berbahasa Arab seperti rangkaian Al Jazeera dan surat khabar. Apabila kita tahu bahasa Arab, kita faham doa-doa yang kita baca."

 

Encik Basri Zakariya :

'' Al-Bayan mempunyai struktur kursus yang baik. Guru mengajar ikut tahap, semua orang boleh mengikutinya. Guru-guru menggunakan ayat Al-Quran sebagai bahan mengajar dan kita disuruh buat ayat sendiri berdasarkan perkatan dari surah itu jadi kita ingat makna surah disamping boleh menggunakan perkataan dari surah itu dalam perbualan.''

 

Mahadzir Tajuddin :

" Kira-kira 6 bulan saya menyertai kelas bahasa Arab di Al-Bayan membolehkan saya berbual dan bertutur dalam bahasa Arab dan ini mengagumkan pelajar-pelajar Arab yang tinggal berjiran dengan saya di Kg Kerinchi. Suasana pembelajaran di Al-Bayan banyak membantu selain belajar secara formal di kelas, Al-Bayan juga mengadakan aktiviti menjemput penceramah luar, aktiviti nasyid dan jamuan di restoran Arab,supaya pelajar tidak bosan.

 

 Adakah ANDA terfikir.....................

  • ingin MENAMBAH KARIER (sektor pelancongan atau bekerja di negara Arab)
  • ingin MENAMBAH KOLEKSI BAHASA harian anda disamping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • inginkan sesuatu yang boleh membantu anda dalam membaca Al Quran dengan lebih FASIH serta MEMAHAMI maknanya.
  • inginkan suasana pembelajaran yang lebih SELESA dan MENYERONOKKAN

Mari sertai kami mengikuti

Kursus Pengajian Bahasa Arab Untuk Orang Awam 

anjuran Al Bayan Corporation Sdn. Bhd. 

 

Kelebihan Kursus Adalah Seperti Berikut :

  • tempoh kursus yang intensif dan silibus pengajian yang komprehensif.
  • 5 kali pengambilan sepanjang tahun.
  • terbuka kepada umum. (ada asas atau tidak)
  • yuran yang berpatutan.
  • penilaian prestasi peserta dibuat berterusan.
  • mengadakan aktiviti yang praktikal seperti ceramah motivasi bahasa, latihan tambahan, mengadakan hari bahasa Arab bersama keluarga dan lain-lain.
  • Peluang Istimewa bagi mereka yang sudah mempunyai asas atau tamat modul 10 di Al Bayan, kelas modul khas disediakan untuk  melatih dan mempraktikkan lagi penggunaan bahasa ARAB.


 

 PENGUMUMAN !!

Pengambilan Baru Bagi Kursus Bahasa Arab Sesi 

FEBRUARI 2012

Tarikh TUTUP Permohonan/Penyertaan  

dilanjutkan ke

04 Februari 2012

Taklimat & Ujian Penentuan Level     

28 Januari 2012

   Kelas Bermula  

4 Februari 2012

Keterangan lanjut sila hubungi sekretariat kursus di talian

03 79561190

email

albayancorp@yahoo.com