Kurikulum Dan Sukatan Pelajaran

 

Al Bayan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merancang untuk membina siri sukatan pelajaran agama untuk pelajar university dan kolej dalam bentuk baru yang memudahkan pelajar memahami dan menguasai pelajaran.

Keistimewaan siri sukatan ini ialah ia disediakan dengan bahasa Arab yang mudah untuk difahami dan sesuai dengan zaman moden serta tidak mengabaikan istilah-istilah syarak atau tradisional yang diterangkan dengan bahasa yang jelas dan dapat difahami, disamping teksnya yang dibariskan.

Dari sudut tahap, kurikulum ini disediakan selaras dengan kehendak pembelajaran university melalui kesinambungan tajuk-tajuk yang diketengahkan dan penyusunan isu-isunya serta mengaitkan isu-isu ini dengan reality yang dihadapi melaui contoh dan penerangan. Dalam penulisan teks pula, diguna juga rajah-rajah dan peta minda serta alat bantu yang dapat membantu kefahaman dan penerangan teks.

Sehingga sekarang sebanyak lima buah buku dari sukatan ini telah diterbitkan iaitu : Tassawur Islam, Sirah Nabi, Kajian Ulum Al Quran, Kajian Mustalah Al Hadis, Akidah Islam. 

·         Menyediakan kurikulum dan buku pengajaran bahasa Arab untuk pelajar kolej, sekolah dan tadika. Al Bayan ini mempunyai kurikulum bahsa yang bersepadu untuk mengajar bahasa Arab bagi pelajar rendah, university dan kolej dalam pengkhususan pengajian Arab dan Islam. 

·         Kurikulum ini “Al Tibyan Dalam Pengajaran Bahasa Arab” disediakan khusus untuk pelajar melayu dengan mengambil kira budaya dan persekitaran melayu, menggunakan kemahiran dan struktur bahasa yang mempunyai unsure persamaan antara bahasa Arab dan Melayu. Berdasarkan prinsip-prinsip bahasa yang diterima oleh pelajar di peringkat persekolahan, menimbangkan antara kemahiran-kemahiran asas dan ilmu-ilmu bahasa Arab dan memperkembangkan kemampuan pelajar untuk memahami dan menggunakan bahasa dengan betul mengikut tahap dan peringkat. 

·         Kurikulum ini diselia oleh sekumpulan guru Arab dan Melayu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia.