Al Bayan Sepintas lalu:

 

Al Bayan Corporation Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2002 bertujuan untuk memberikan perkhidmatan di dalam bidang Bahasa Arab serta memenuhi permintaan yang semakin bertambah dalam pembelajaran Bahasa Arab.Ia juga adalah sebuah syarikat yang melalui fungsinya berperanan memperkembangkan Bahasa Arab kepada mereka yang bertutur bahasa selainnya disamping menitikberatkan kesesuaian program-program tertentu dengan mereka yang mempelajarinya.

 

Al Bayan Corporation Sdn. Bhd. Yang diterajui oleh Us.Khaled Bani Omar Yang bertindak sebagai pengarah , disamping dibantu oleh jawatankuasa penasihat yang terdiri dari kalangan ahli akademik yang berpengalaman luas dari dalam dan luar negara bagi menasihat dan pandangan untuk aktiviti-aktiviti  Al Bayan, mereka adalah :

 

            Prof. Dr. Dato’ Mahmood Zuhdi B. Abdul majid                  ( Ketua )

            Prof. Dr. Syarf Mahmud al Qudhah                                         (  Ahli   )

            Dr. Mohd. Fuad Adullah                                                             ( Ahli    )

 

  

Objektif Al Bayan:

 

Al Bayan Corp. Sdn. Bhd. Berusha melalui aktiviti-aktivitinya untuk merialisasikan objektif-objektif berikut:

 

Ø      Memenuhi keinginan yang semakin bertambah dikalangan pihak yang beraturiti mahupun masyarakat awam di Malaysia untuk mempelajari Bahasa Arab sebagai Bahasa kedua disamping menyumbang dalam penyebaran Bahasa Arab dipelbagai bidang ( akademik,ekonomi,pelancungan dan lain-lain ).

Ø      Memperkembang Kurikulum, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Arab melalui program-program dan kaedah-kaedah baru yang dapat memenuhi keperluan pelajar, selaras dengan metode-metode moden untuk membentuk motivasi dikalangan pelajar dalam menimba maklumat dan memperoleh pengalaman.

Ø      Meningkatkan bilangan tenaga pakar dan kader-kader dalam bidang pengajaran Bahasa Arab untuk memantapkan tahap pengajaran Bahasa Arab dan memperkasa kedudukannya dalam jiwa kanak-kanak dan remaja muslim.

Ø      Untuk merialisasikan penyebaran Bahasa Arab dan pengajarannya Al Bayan berusaha mengumpul tenaga pakar dalam bidang Bahsa Arab dan juga hubungan dua hala dengan pusat-pusat Bahasa Arab di dalam dan luar negara.

 

  

Aktiviti-aktiviti Al Bayan

 

Al Bayan:

 

Al Bayan berusaha untuk mencapai objektif-objektif yang dituju melalui bidang-bidang berikut:

 

v     Bidang Pengajaran dan Latihan

v     Bidang Seminar dan Bengkel

v     Bidang Perundingan dan Penyelidikan

v     Bidang Perkhemahan Bahasa

v     Bidang Kurikulum dan Sukatan Pelajaran

v     Bidang Penerbitan dan Media Massa

v     Bidang Terjemahan

Kedai Buku Al Bayan